Skip to main content

Bahagian Pengurusan

PENGENALAN

Bahagian Pengurusan merupakan bahagian yang bertanggungjawab ke atas pentadbiran dan pengurusan sumber manusia, perkhidmatan dan kewangan di Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia. Bahagian Pengurusan adalah terdiri daripada empat (4) unit yang diketuai oleh seorang Pengarah Pengurusan. Empat (4) unit tersebut adalah Cawangan Pengurusan, Cawangan Pengurusan Kewangan, Cawangan Kaunseling dan Cawangan Perpustakaan.

 

Di bawah Cawangan Pengurusan yang diketuai oleh Timbalan Pengarah, terdapat 7 seksyen iaitu Seksyen Penyelarasan Kontrak, Seksyen Keselamatan, Seksyen Peperiksaan, Seksyen Pengurusan Sumber Manusia, Seksyen Khidmat Pengurusan, Seksyen Pengurusan Rekod dan Seksyen Pengurusan Maklumat. Manakala di bawah Cawangan Pengurusan Kewangan yang diketuai oleh Timbalan Pengarah, terdapat empat (4) seksyen iaitu Seksyen Pembangunan dan Penyelenggara, Seksyen Perolehan, Aset & Stor, Seksyen Akaun dan Seksyen Kewangan. Selain itu terdapat juga Cawangan Perpustakaan yang diketuai Ketua Pustakawan dan di bawah Cawangan ini terdapat dua (2) Seksyen iaitu Seksyen Perkhidmatan Maklumat & Rujukan dan Seksyen Perkhidmatan Dokumentasi & Pengkalan Data.

Bahagian Penyelarasan Kontrak

PENGENALAN

Bahagian Penyelarasan Strategik adalah diketuai oleh sekorang Pengarah Bahagian. Fungsi bahagian ini adalah seperti berikut:

Bahagian Pusat Tanggungjawab Negeri Johor

Terdapat tiga unit yang terdapat di bawah Pusat Tanggungjawab Negeri Johor iaitu Unit Perkhidmatan/Pentadbiran, Unit Kewangan dan Unit Perolehan dan Aset.

 

Unit Perkhidmatan dan Pentadbiran

  • Bertanggungjawab dalam menguruskan semua urusan perkhidmatan pegawai dan kakitangan daripada perlantikan sehingga persaraan. Ini adalah termasuk menguruskan cuti dan buku rekod perkhidmatan pegawai dan kakitangan Mahkamah Negeri Johor secara atas talian HRMIS. Selain itu, unit ini juga bertanggungjawab dalam pengurusan Latihan/Kursus dan Peperiksaan Perkhidmatan Jabatan. Di samping itu, unit ini adalah merupakan Urusetia Disiplin dan Tatatertib semua kumpulan. Selain daripada itu, unit ini terlibat dalam pengurusan kenderaan jabatan, mesyuarat rasmi, dan urusan tempahan cop, signage tempahan makan serta lain-lain tugas yang di arahkan dari masa ke semasa.

 

Unit Kewangan

  • adalah unit dengan tujuan mengawal selia kewangan Mahkamah Negeri Johor bagi urusan gaji, akaun hasil dan penerimaan bayaran di kaunter. Selain itu, unit ini mengawal selia juga kerja-kerja perakaunan di 12 Pusat Kos Mahkamah Negeri Johor serta lain-lain tugas yang di arahkan dari masa ke semasa.

 

Unit Perolehan dan Aset

  • selanjutnya adalah unit yang bertanggungjawab bagi urusan kontrak perolehan, kawalan keselamatan, perkhidmatan kebersihan dan toner juga kertas bagi seluruh Mahkamah Negeri Johor. Di samping itu, unit ini bertindak sebagai pengurusan stor juga urusan-urusan pendaftaran, penilaian semula dan pelupusan aset serta lain-lain tugas yang di arahkan dari masa ke semasa.

Bahagian Teknologi Maklumat

PENGENALAN

Bahagian Teknologi Maklumat merupakan bahagian yang bertanggungjawab ke atas pengurusan Teknologi Maklumat di Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia (PKPMP). Bahagian ini diketuai oleh seorang Pengarah Bahagian dan dibantu oleh Timbalan Pengarah, beberapa orang Penolong Pengarah dan Pegawai Tekonologi Maklumat. Bahagian ini terdiri daripada beberapa unit iaitu unit Pentadbiran dan Kewangan, Unit Aset, Unit Aplikasi, Unit emel, Unit e-kehakiman, Unit Rangkaian dan Unit CRT & Portal.

Bahagian ini adalah dibawah seliaan Pejabat Timbalan Ketua Pendaftar II (Operasi). Unit ini memainkan peranan penting dalam pengurusan dan pemantauan rangkaian, aplikasi, perkakasan, perisian sistem serta perkhidmatan teknikal yang digunakan oleh warga Kehakiman di seluruh Malaysia. 

Basic Facilities Provided

Lokasi

Jenis Kemudahan

Perkhid. Pesuruhjaya Sumpah

Parking Awam

Tandas Awam

Ruang Menunggu

Surau

Kafeteria

Perpustakaan

Kerusi Roda

Mesin ATM - MEPS

Mahkamah Tinggi Johor Bahru

 

 

 

 

 

Mahkamah Sesyen/Majistret Johor Bahru

 

   

 

Mahkamah Tinggi/Sesyen/Majistret Muar

 

 

 

Mahkamah Sesyen/majistret Segamat

 

 

 

 

 

Mahkamah Sesyen/Majistret Batu Pahat

 

 

 

 

 

 

Mahkamah Sesyen/Majistret Kluang

 

 

 

 

 

 

Mahkamah Sesyen/Majistret Kota Tinggi

 

 

 

 

 

Mahkamah Majistret Mersing

     

 

 

Mahkamah Majistret Kulai

 

 

 

 

 

Mahkamah Majistret Pontian

     

 

 

Mahkamah Majistret Yong Peng

   

 

 

 

 

 

Bengkel, Ceramah & Kursus

Bidang Kuasa Mahkamah Persekutuan

1. Bidang Kuasa Asal

Menentukan (a) kesahihan sesuatu undang-undang yang dibuat oleh Parlimen atau BadanPerundangan sesuatu negeri; (b) Pertikaian atas apa-apa soal lain antara Negeri dengan Negeri atau antara Persekutuan dengan mana-mana Negeri

 

2. Bidang Kuasa Rayuan

Mendengar rayuan dari Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Tinggi

 

3. Bidang Kuasa Penyemakan

Memutuskan apa-apa soal berbangkit di Mahkamah kesan daripada mana-mana peruntukan Perlembagaan Persekutuan

 

4. Bidang Kuasa Penasihat

YDPA boleh merujuk kepada Mahkamah persekutuan untuk pendapat atau nasihat mengenai kesan peruntukan Perlembagaan dan mengumumkan pendapatnya di Mahkamah Terbuka

Bidang Kuasa Mahkamah Persekutuan

  1. Bidang Kuasa Asal
    • Menentukan (a) kesahihan sesuatu undang-undang yang dibuat oleh Parlimen atau BadanPerundangan sesuatu negeri; (b) Pertikaian atas apa-apa soal lain antara Negeri dengan Negeri atau antara Persekutuan dengan mana-mana Negeri
  1. Bidang Kuasa Rayuan
    • Mendengar rayuan dari Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Tinggi
  1. Bidang Kuasa Penyemakan
    • Memutuskan apa-apa soal berbangkit di Mahkamah kesan daripada mana-mana peruntukan Perlembagaan Persekutuan
  1. Bidang Kuasa Penasihat
    • YDPA boleh merujuk kepada Mahkamah persekutuan untuk pendapat atau nasihat mengenai kesan peruntukan Perlembagaan dan mengumumkan pendapatnya di Mahkamah Terbuka

Bidang Kuasa Mahkamah Rayuan

Di bawah Perkara 121 (1B) Perlembagaan Persekutuan, bidang kuasa Mahkamah Rayuan adalah untuk memutuskan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi berkaitan kes Jenayah atau Sivil dan apa-apa bidang kuasa lain yang diberikan oleh atau di bawah Undang-Undang Persekutuan.