Skip to main content

Pusat Mediasi Mahkamah Negeri


RUANGAN MEDIASI MAHKAMAH JOHOR BAHRU

TINGKAT 25, MENARA MSC CYBERPORT,
NO. 5, JALAN BUKIT MELDRUM
80300 JOHOR BAHRU, JOHOR

NO. TELEFON : 07-2267526
ALAMAT EMEL : pmjb@kehakiman.gov.my

Registrar of the Court of Appeal

Puan Jumirah binti Marjuki

Pendaftar Mahkamah Rayuan Malaysia

Registrar's Office of the High Court of Malaya

Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Malaya adalah bahagian yang bertanggungjawab ke atas pentadbiran di seluruh Mahkamah Tinggi Malaya. Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Malaya diketuai oleh Pendaftar Mahkamah Tinggi Malaya dan dibantu oleh Timbalan Pendaftar dan Penolong Kanan Pendaftar.

 

1. Bertanggungjawab melaksanakan arahan yang diberikan oleh YAA Hakim Besar Malaya, Hakim-Hakim Pengurus dan Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia.

2. Bertanggungjawab melaksanakan tugas-tugas pentadbiran am dan kehakiman di semua Mahkamah Tinggi Malaya di Semenanjung Malaysia bagi memastikan sistem penyampaian yang baik, lancar, efisien, cepat, adil dan saksama.

3. Menyediakan dan mengeluarkan arahan amalan dan pekeliling Pendaftar Mahkamah Tinggi Malaya selaras dengan keperluan semasa.

4. Menyelia hal ehwal surat kuasa mati, penguatkuasaan, kebangkrapan, lelong dan surat kuasa wakil.

5. Mengawalselia Timbalan Pendaftar dan Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Tinggi Malaya di Semenanjung Malaysia.

6. Menyelia keperluan logistik, aset dan inventori semasa bagi Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Malaya dan seluruh Mahkamah Tinggi Malaya di Semenanjung Malaysia.

7. Memantau perjalanan kes dan statistik di Mahkamah Tinggi Malaya di Semenanjung Malaysia.

8. Menyelia keselamatan dalaman dan luaran Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Malaya dan Mahkamah-Mahkamah Tinggi Malaya di Semenanjung Malaysia.

9. Mengawalselia perjalanan dan pentadbiran Unit Sijil Amalan.

10. Menguruskan penghantaran dokumen mahkamah di luar bidang kuasa ke luar negara dan ke dalam Malaysia.

11. Menguruskan pendaftaran perintah-perintah berkenaan dengan nafkah dari negara salingan menurut seksyen 3 akta perintah nafkah (kemudahan penguatkuasaan) 1949.

12. Menguruskan permohonan perkhidmatan jurubahasa asing bagi kes-kes jenayah di seluruh Mahkamah Tinggi Malaya di Semenanjung Malaysia.

 

Registrar's Office of the High Court of Sabah and Sarawak

Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak adalah bahagian yang bertanggungjawab ke atas pentadbiran Mahkamah di seluruh Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak.Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak diketuai oleh seorang Pendaftar Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak dan dibantu oleh seorang Penolong Kanan Pendaftar. 

 

Fungsi tugas:

 

  1. Mengeluarkan arahan-arahan dalaman yang berkaitan dengan pentadbiran Kehakiman untuk dilaksanakan selaras dengan arahan YAA Ketua Hakim Negara dan Pejabat Ketua Pendaftar.
  2. Mengawal selia pentadbiran Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rendah Sabah dan Sarawak.
  3. Mengeluarkan arahan-arahan amalan dan peraturan seperti yang diarahkan oleh YAA Hakim Besar Sabah dan Sarawak.
  4. Membuat perancangan dan memantau perlaksanaan dasar-dasar pentadbiran Mahkamah Sabah dan Sarawak selaras dengan arahan oleh YAA Hakim Besar Sabah dan Sarawak dan Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia dari masa ke semasa.
  5. Merancang dan meyelia keperluan Mahkamah Sabah dan Sarawak termasuk merancang dan melaksanakan program-program latihan, pertukaran pegawai dan kenaikan pangkat.
  6. Merancang keperluan fizikal Mahkamah-Mahkamah di Negeri Sabah dan Sarawak iaitu memantau perlaksanaan projek-projek pembangunan di bawah peruntukan Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU) dan POJ.
  7. Menyelaras laporan prestasi tahunan pegawai dan kakitangan di bawah pemantauan Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak.
  8. Menghadiri mesyuarat di peringkat Negeri dan Persekutuan termasuk di Palace of Justice (POJ).
  9. Mengadakan mesyuarat berkala dengan persatuan-persatuan Peguam Sabah dan Sarawak untuk mendapatkan maklumbalas bagi menambahbaik sistem penyampaian dalam tugasan kehakiman di Mahkamah Sabah dan Sarawak.
  1. Mengambil tindakan terhadap pengaduan orang awam terhadap mana-mana peguam.
  2. Mengendalikan pendaftaran “Bill of Sales”.
  3. Mengesahkan "Writ Of Seizure and Sale” dan “Arrest of Ships".
  4. Melaksanakan "Memorandum of Transfer” selepas penjualan secara tender atau lelongan Mahkamah
  5. Menjadi Trustee kepada Akaun Fixed Deposit "Judgment Creditors" setelah bayaran dikeluarkan dari Daftar Deposit.
  6. Mengeluarkan Sijil Amalan (Practising Certificates) tahunan. 
  7. Menyediakan dan mengeluarkan perintah ("Order") kepada peguam-peguam baru, Ad Hoc Admission & Exemption Orde selepas didengar oleh YAA Hakim Besar Sabah dan Sarawak.
  8. Mengadakan mesyuarat dengan pegawai kehakiman di bawah seliaan untuk mendapatkan maklumbalas bagi menambahbaik sistem penyampaian dalam tugasan kehakiman di Mahkamah Sabah dan Sarawak.
  9. Mempengerusikan urusan tatatertib bagi pegawai dan kakitangan Mahkamah Sarawak.

Registrar's Office of the High Court of Sabah and Sarawak

Registry Office of the Court of Appeal

The Registry of the Court of Appeal is responsible for the administration of the Court of Appeal in Malaysia. The office is led by the Registrar of the Court of Appeal with assistance from the Senior Deputy Registrar,Deputy Registrar and Senior Assistant Registrar.

 

The office also held the responsibility to excute the order issued by the President of the Court of Appeal as well as the instruction issued by the Chief Registrar of the Federal Court. In addition, this office also holds it function inthe general administration and also judiciary by ensuring as follows:

 

Registration and processing documents for appeal cases

Conducting case management prior to the hearing dateis fixed

Ensuring that the trial run smoothly

Processing the draft order and sealed order after the trialis completed

The oftice also prepares and issues practice direction and circular made by the President of the Court of Appeal if the need arises. Aside from its aforementioned roles, this office also supervises its assets, logistics, as well as inventories and supervises court cases and statistics. This office also mes it role in ensuring the internal and external security of the court of appeal.

 

Address

  • Registry Office of the Court of Appeal
  • Court of Appeal, Level 2,
  • Istana Kehakiman, Precint 3,
  • 62506 PUTRAJAYA

Contact

Registry Office of The Federal Court

Pejabat Pendaftaran Mahkamah Persekutuan merupakan bahagian yang bertanggungjawab ke atas pentadbiran dan pengurusan kes-kes yang difailkan di Mahkamah Persekutuan. Pejabat ini menyediakan khidmat sokongan perundangan untuk membolehkan Mahkamah Persekutuan mendengar dan menyelesaikan kes dengan lancar dan licin. Demi kepentingan undang-undang dan juga orang awam, bahagian ini bertanggungjawab memastikan kendalian dan pelupusan kes di Mahkamah Persekutuan dilaksanakan dalam jangkamasa yang ditetapkan dengan mengambil kira kerjasama semua pihak yang terlibat.

 

Pejabat Pendaftaran Mahkamah Persekutuan ini diketuai oleh Timbalan Kanan Pendaftar dengan dibantu oleh beberapa orang Timbalan Pendaftar dan Penolong Kanan Pendaftar. Bahagian ini merangkumi Unit Pentadbiran, Unit Rayuan Sivil, Unit Rayuan Jenayah, Unit Permohonan Sivil, Unit Sabah & Sarawak dan Unit Pengurusan Kes.

 

Fungsi Pejabat Pendaftaran Mahkamah Persekutuan antara lain adalah seperti berikut:

Melaksanakan tugas-tugas pentadbiran am bagi memastikan sistem penyampaian yang baik, adil dan saksama di Pejabat Pendaftaran Mahkamah Persekutuan.

Memastikan pendaftaran dan pemprosesan dokumen-dokumen bagi kes-kes yang difailkan di Mahkamah Persekutuan dilaksanakan dengan lancar dan cepat.

Menjalankan pengurusan kes bagi memastikan kes dapat ditetapkan untuk perbicaraan di hadapan Panel Hakim Mahkamah Persekutuan dalam tempoh yang ditetapkan.

Mengendalikan tugasan di Mahkamah terbuka bagi membantu Panel Hakim Mahkamah Persekutuan untuk memastikan persidangan di Mahkamah Persekutuan berjalan dengan lancar.

Menyemak dan meluluskan deraf perintah dan perintah bermeterai yang difailkan di Mahkamah Persekutuan dengan memastikan ianya selaras dengan perintah yang diberikan oleh Panel Hakim Mahkamah Persekutuan. Pejabat Pendaftaran juga bertanggungjawab menyelesaikan apa-apa pertikaian berkaitan dengan perintah yang difailkan.

ALAMAT

  • Pejabat Pendaftaran Mahkamah Persekutuan Malaysia
  • Mahkamah Persekutuan Malaysia, Aras 2,
  • Istana Kehakiman, Presint 3,
  • 62506 Putrajaya

Research Unit

RESEARCH UNIT

Research Unit, led by a Unit Chief was established on 29 July 2013.

Role and Function

To implement the administration of justice in accordance with the power as provided under the law
 
To protect the judicial independence in interpreting law passed by the legislative

Sejarah Mahkamah Johor

Sistem kehakiman di Johor Bahru bermula dengan Mahkamah Polis berdasarkan kuatkuasa Kanun Polis Johor 1873. Mahkamah Tinggi (Supreme Court) diwujudkan pada tahun 1883. Seorang ulama iaitu Haji Muhamad Salleh dilantik sebagai Hakim dibantu oleh Mufti Kerajaan Syed Salim al-Attas sebagai Penasihat Undang-Undang Islam. Pentadbiran harian Mahkamah dijalankan oleh Mubin Ibrahim sebagai Pendaftar Mahkamah serta beberapa orang kerani dan juga seorang jurubahasa Cina bernama Eoo Joo Guan.

 

Berikutan kemasukan buruh-buruh dari India, pada tahun 1888 kerajaan mengambil Tambi Sabr Ali sebagai Jurubahasa Tamil. Dipercayai kitab-kitab Hukum Syarak digunakan sebagai panduan Hakim berikutan Undang-undang Keadilan Johor berteraskan Hukum-hukum Islam seperti Kitab Perhimpunan Hukum-hukum Syarak al-Islam. Sistem kehakiman di Johor sehingga tahun 1911 dikendalikan oleh pegawai Bumiputera manakala pegawai Inggeris khususnya Penasihat Undang-Undang diwartakan sebagai Hakim Mahkamah Tinggi bagi membicarakan hal kes yang melibatkan orang Eropah sahaja.

 

Selaras dengan Islam sebagai agama negeri, Hakim Besar ialah Datuk Haji Abdullah Musa; yang juga merupakan Mufti Johor. Malah bekas Penolong Kadi Johor Ungku Omar Ahmad, dilantik sebagai Majistret Endau di samping tugasnya sebgai Timbalan Pesuruhjaya Kerajaan Endau. Semasa pemerintahan Sultan Ibrahim, Majallah Al-Ahkam Al-‘Adliyyah yang dilaksanakan oleh Kerajaan Uthmaniyyah Turki pada kurun ke-19 telah diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu. Kod tersebut lebih dikenali sebagai Majalah Ahkam Johor serta dijadikan panduan rasmi bagi hukum syara’ di Johor pada tahun 1913.

Mahkamah-mahkamah sivil di Malaysia secara umumnya dibahagikan kepada beberapa jenis mengikut undang-undang penubuhannya. Misalnya, Akta Mahkamah Rendah 1948 memperuntukkan kepada penubuhan Mahkamah Majistret dan Mahkamah Sesyen. Manakala Akta Mahkamah Kehakiman 1964 pula memperuntukkan kepada penubuhan Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan. Pembahagian Mahkamah sebegini adalah kerana masing-masing adalah tertakluk kepada bidangkuasa tersendiri.

Struktur Badan Kehakiman Malaysia boleh dipecahkan pada dua bahagian iaitu Mahkamah Atasan dan Mahkamah Rendah. Mahkamah tertinggi di Malaysia adalah Mahkamah Persekutuan diikuti dengan Mahkamah Rayuan, Mahkamah Tinggi Malaya dan Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak. Mahkamah Rendah pula terdiri daripada Mahkamah Sesyen dan Mahkamah Majistret. Mahkamah Khas ditubuhkan melalui Perlembagaan Persekutuan pada 20 Mac 1993 dan mempunyai bidang kuasa untuk membicarakan tindakan sivil atau jenayah yang dimulakan oleh atau terhadap Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong atau Raja-Raja Melayu yang lain.

Berhubung dengan prosiding pula, setiap Mahkamah mempunyai prosiding yang tersendiri dan diseliakan melalui peraturan-peraturan yang berasingan. Prosedur perbicaraan jenayah di Mahkamah Rendah dan Mahkamah Tinggi ditentukan berdasarkan Kanun Acara Jenayah. Pada bulan Ogos 2012, suatu peraturan baru iaitu Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 telah digubal bagi menggabungkan peraturan-peraturan berhubung prosiding kes sivil di Mahkamah Majistret, Mahkamah Sesyen dan Mahkamah Tinggi.

Kini, mahkamah-mahkamah di negeri Johor dapat di bahagikan kepada dua bahagian iaitu Mahkamah Johor Utara dan Mahkamah Johor Selatan. Untuk Mahkamah Johor Utara ia merangkumi beberapa buah daerah di utara Johor seperti Muar, Segamat, Kluang, Tangkak dan Batu Pahat. Manakala untuk Mahkamah Johor Selata ia merangkumi Johor Bahru, Kota Tinggi, Kulai dan Pontian.

Mahkamah Sesyen dan Mahkamah Majistret Johor