Skip to main content

Hakim Besar Malaya

YAA Tan Sri Dato' Sri Azahar bin Mohamed 

Hakim Besar Malaya

PSM, SSAP, DIMP, KMN

YAA Tan Sri Dato’ Sri Azahar Bin Mohamed dilahirkan pada 27 April 1956 di Johor Bahru, Johor. YAA merupakan lulusan Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang (Kepujian) dari Universiti Malaya. YAA juga mempunyai kelulusan Sarjana Undang-Undang dari London School of Economics and Political Science.

YAA memulakan kerjaya pada tahun 1980 sebagai Penolong Kanan Pendaftar di Mahkamah Tinggi Johor Bahru, Johor dan seterusnya berkhidmat sebagai Majistret di Mahkamah Majistret Johor Bahru, Johor. Sepanjang tempoh perkhidmatan, YAA pernah berkhidmat sebagai Timbalan Pendakwa Raya di Pahang, Negeri Sembilan, Kelantan, Kuala Lumpur.

YAA juga pernah berkhidmat sebagai Hakim Mahkamah Sesyen di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, Peguam Kanan Persekutuan di Badan Pencegahan Rasuah, Peguam Kanan Persekutuan di Jabatan Kastam dan Eksais Diraja Malaysia dan juga Timbalan Pendaftar Syarikat di Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna.

Selanjutnya, YAA berkhidmat sebagai Ketua Unit Kes Terkelas di Bahagian Pendakwaan Jabatan Peguam Negara, Timbalan Ketua Bahagian Pendakwaan di Jabatan Peguam Negara, Ketua Bahagian Pendakwaan Jabatan Peguam Negara dan Ketua Bahagian Guaman di Jabatan Peguam Negara. 

Pada 1 Ogos 2004, YAA dilantik sebagai Pesuruhjaya Kehakiman di Mahkamah Tinggi Johor Bahru, Johor.

Seterusnya, YAA dilantik sebagai Hakim Mahkamah Tinggi di Mahkamah Tinggi Johor Bahru, Johor pada 28 Julai 2006 sehingga 31.12.2008. YAA kemudiannya berkhidmat sebagai Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 1 Januari 2009 sehingga 10 Mei 2011.

Pada 11 Mei 2011, YAA dilantik menjadi Hakim Mahkamah Rayuan dan pada 12 September 2014, YAA dilantik sebagai Hakim Mahkamah Persekutuan.

Pada 17 Mei 2019, YAA juga dilantik untuk menjalankan kuasa-kuasa dan tugas-tugas Hakim Besar Malaya.

Pada 8 Ogos 2019, YAA telah dilantik sebagai Hakim Besar Malaya.

Alamat:

  • Pejabat Hakim Besar Malaya
  • Mahkamah Persekutuan Malaysia
  • Aras 5, Istana Kehakiman
  • Presint 3
  • 62506 PUTRAJAYA
  • 603-8880 3500

Hakim Besar Sabah dan Sarawak

YAA Tan Sri Dato' Abang Iskandar bin Abang Hashim

Hakim Besar Sabah dan Sarawak

PSM, DSPN

Yang Amat Arif Tan Sri Dato’ Abang Iskandar bin Abang Hashim dilahirkan di Sibu, Sarawak pada 03 Julai 1959.  Yang Amat Arif Tan Sri Dato’ mendapat kelulusan dalam bidang pengajian undang-undang dengan memperolehi LLB (Hons) dari Universiti Malaya pada tahun 1983. 

Yang Amat Arif Tan Sri Dato’ telah memulakan kerjaya dalam Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan pada tahun 1983 sebagai Majistret di Mahkamah Majistret Miri, Sarawak dan kemudiannya menjadi Majistret di Mahkamah Majistret Limbang dan Mahkamah Majistret Sibu, Sarawak. Seterusnya YAA bertugas sebagai Penolong Pengarah di Biro Bantuan Guaman Cawangan Sarawak. Pada tahun 1990 hingga 1992, YAA bertugas sebagai Hakim di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur dan seterusnya dilantik menjadi Peguam Kanan Persekutuan sebagai Penasihat Undang-Undang di Jabatan Perikanan, kementerian Pertanian Malaysia dari tahun 1992-1994. 

Pada tahun 1994-2000 , YAA Tan Sri Dato' telah menjawat jawatan sebagai Ketua Unit Jenayah Am, Bahagian Pendakwaan Jabatan Peguam Negara, Kuala Lumpur, dan juga Ketua Unit Jenayah Komersial, Bahagian Pendakwaan Jabatan Peguam Negara, Putrajaya. 

Seterusnya, YAA Tan Sri Dato' telah dilantik sebagai Pengerusi Tribunal, Jabatan Pembangunan Koperasi, Kuala Lumpur pada tahun 2000 dan kemudiannya dipinjamkan ke Bank Negara Malaysia sebagai Ketua Unit Pendakwaan/Timbalan Pendakwa Raya, Kuala Lumpur pada tahun 2001. 

Pada tahun 2003, YAA Tan Sri Dato' telah menjawat jawatan sebagai Ketua Unit Jenayah Komersial, Bahagian Pendakwaan di Jabatan Peguam Negara, Putrajaya dan seterusnya dipinjamkan ke Suruhanjaya Sekuriti Malaysia sebagai Pengarah Bahagian Penguatkuasaan di Kuala Lumpur pada tahun 2004. 

Yang Amat Arif Tan Sri Dato’ telah dilantik sebagai Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 01 Mac 2007 (bahagian Jenayah 5) dan seterusnya Pesuruhjaya Kehakiman di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur (bahagian Dagang 2) pada 01 Mei 2009. 

YAA Tan Sri Dato’ seterusnya dilantik sebagai Hakim Mahkamah Tinggi pada 14 Oktober 2009 dan meneruskan tugas di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur sehingga 31 Disember 2012.

Kemudiannya pada 2 Januari 2013, YAA Tan Sri Dato' telah bertukar ke Mahkamah Tinggi Pulau Pinang dan berkhidmat di sana sehingga 29 September 2013.

YAA Tan Sri Dato' telah dilantik sebagai Hakim Mahkamah Rayuan pada 30 September 2013 dan pada 26 November 2018, YAA Dato’ telah dilantik sebagai Hakim Mahkamah Persekutuan. Pada 20 Februari 2020, YAA Tan Sri Dato' telah dilantik sebagai Hakim Besar Sabah dan Sarawak.

Bagi menghargai sumbangan YAA Tan Sri Dato’ dalam perkhidmatan awam, beliau telah dianugerahkan pengurniaan Darjah Kebesaran Darjah Setia Pangkuan Negeri (DSPN) sempena Sambutan Ulang Tahun Kelahiran Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang pada 27 Ogos 2013. Kemudiannya pada 13 November 2021, YAA Tan Sri Dato’ telah dianugerahkan pengurniaan Darjah Kebesaran Panglima Setia Mahkota (PSM) yang membawa gelaran Tan Sri.

YAA Tan Sri Dato’ telah mendirikan rumahtangga dengan YBhg. Puan Sri Datin Fadzillah binti Dato’ Kamaruddin dan mereka telah dikurniakan dengan tiga (3) orang anak.

Pejabat Utama:

  • Hakim Besar Sabah & Sarawak
  • Kamar Hakim Besar Sabah & Sarawak
  • Kompleks Mahkamah Kota Kinabalu
  • No. 1, Jalan Kebajikan, Peti Surat 10837
  • 88830 Kota Kinabalu
  • SABAH

Pejabat Putrajaya:

  • Hakim Besar Sabah & Sarawak
  • Kamar Hakim Besar Sabah & Sarawak
  • Aras 5, Istana Kehakiman
  • Presint 3, 62506
  • PUTRAJAYA
  • 03-8880 3500

Pejabat Sarawak:

  • Hakim Besar Sabah & Sarawak
  • Kamar Hakim Besar Sabah & Sarawak
  • Jalan Gersik  93050 Petra Jaya
  • Kuching
  • SARAWAK
  • 082-449 989

Hakim Mahkamah Persekutuan

YA Datuk Seri Haji Mohd. Zawawi bin Salleh

Alamat:
Kamar Hakim Mahkamah Persekutuan,
Mahkamah Persekutuan Malaysia,
Aras 5 Selatan, Istana Kehakiman
Presint 3,
62506 PUTRAJAYA
Tel: 03-8880 3761

Hakim Mahkamah Persekutuan

SPSK, SSIS, SMW, DSSA

  • Dilantik sebagai Pesuruhjaya Kehakiman pada 1 Mac 2007 dan kemudiannya bertugas di Mahkamah Tinggi Johor Bharu.
  • Dilantik sebagai Hakim Mahkamah Tinggi) pada 14 Oktober 2009 dan kemudiannya bertugas di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur (Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas).
  • Ditugaskan sebagai Hakim Mahkamah Tinggi di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur (Bahagian Dagang) pada 1 Januari 2011.
  • Dilantik sebagai Hakim Mahkamah Rayuan, Putrajaya pada 8 Januari 2013.
  • Dilantik sebagai Hakim Mahkamah Persekutuan pada 27 April 2018.

YA Datuk Nallini Pathmanathan

Alamat:
Kamar Hakim Mahkamah Persekutuan,
Mahkamah Persekutuan Malaysia,
Aras 5 Selatan, Istana Kehakiman
Presint 3,
62506 PUTRAJAYA
Tel: 03-8880 3761

Hakim Mahkamah Persekutuan

PMW

  • Dilantik sebagai Pesuruhjaya Kehakiman pada 1 Mac 2007 dan kemudiannya bertugas di Mahkamah Tinggi Shah Alam, Selangor.
  • Dilantik sebagai Hakim Mahkamah Tinggi pada 14 Oktober 2009 dan kemudiannya bertugas di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
  • Dilantik sebagai Hakim Mahkamah Rayuan Malaysia pada 12 September 2014.
  • Dilantik sebagai Hakim Mahkamah Persekutuan pada 26 November 2018.

YA Datuk Ong Lam Kiat Vernon

Alamat:
Kamar Hakim Mahkamah Persekutuan,
Mahkamah Persekutuan Malaysia,
Istana Kehakiman
Presint 3,
62506 PUTRAJAYA
Tel: 03-8880 9414

Hakim Mahkamah Persekutuan

PJN

  • Dilantik sebagai Pesuruhjaya Kehakiman pada 10 Ogos 2007dan kemudiannya bertugas di Mahkamah Tinggi Johor Bahru, Johor.
  • Dilantik sebagai Hakim Mahkamah Tinggi pada 14 April 2010 dan kemudiannya bertugas di Mahkamah Tinggi Johor Bahru, Johor.
  • Bertugas sebagai Hakim Mahkamah Tinggi di Mahkamah Tinggi Shah Alam, Selangor pada 02 Januari 2013
  • Dilantik sebagai Hakim Mahkamah Rayuan pada 12 September 2014.
  • Dilantik sebagai Hakim Mahkamah Persekutuan pada 08 Ogos 2019.

YA Dato' Abdul Rahman bin Sebli

Alamat:
Kamar Hakim Mahkamah Persekutuan,
Mahkamah Persekutuan Malaysia,
Aras 4 Utara, Istana Kehakiman
Presint 3,
62506 PUTRAJAYA
Tel: 03-8880 3604

Hakim Mahkamah Persekutuan

DIMP, PPB

  • Dilantik sebagai Pesuruhjaya Kehakiman pada 15 September 2008 dan kemudiannya bertugas di Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu, Sabah.
  • Dilantik sebagai Hakim Mahkamah Tinggi pada tahun 2010 dan kemudiannya bertugas di Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu, Sabah
  • Bertugas sebagai Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam, Selangor Pada tahun 2012
  • Bertugas sebagai Hakim Mahkamah Tinggi Sivil 1, di Mahkamah Tinggi Johor Bahru, Johor pada tahun 2013,
  • Dilantik sebagai Hakim Mahkamah Rayuan pada 12 September 2014.
  • Dilantik sebagai Hakim Mahkamah Persekutuan pada 8 Ogos 2019.

YA Dato' Zabariah binti Mohd. Yusof

Alamat:
Kamar Hakim Mahkamah Persekutuan,
Mahkamah Persekutuan Malaysia,
Istana Kehakiman
Presint 3,
62506 PUTRAJAYA
Tel: 03-8880 3602

Hakim Mahkamah Persekutuan

DPNS

  • Dilantik sebagai Pesuruhjaya Kehakiman dan kemudiannya bertugas di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 5 Januari 2009.
  • Dilantik sebagai Hakim Mahkamah Tinggi pada 9 Ogos 2010 dan kemudiannya ditugaskan di Mahkamah Tinggi Seremban pada 2 Januari 2013.
  • Kembali bertugas sebagai Hakim Mahkamah tinggi di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada tahun 2016.
  • Dilantik sebagai Hakim Mahkamah Rayuan pada 21 Mac 2016.
  • Dilantik sebagai Hakim Mahkamah Persekutuan pada 5 Disember 2019.

YA Dato' Sri Hasnah binti Dato' Mohammed Hashim

Alamat:
Kamar Hakim Mahkamah Persekutuan,
Mahkamah Persekutuan Malaysia,
Istana Kehakiman
Presint 3,
62506 PUTRAJAYA
Tel: 03-8880 3674

Hakim Mahkamah Persekutuan

SSAP, PMW, JMN

  • Dilantik sebagai Pesuruhjaya Kehakiman pada tahun 2010 dan kemudiannya bertugas di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
  • Dilantik sebagai Hakim Mahkamah Tinggi pada 4 April 2012 dan kemudiannya bertugas di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
  • Dilantik sebagai Hakim Mahkamah Rayuan pada 21 Mac 2016.
  • Dilantik sebagai Hakim Mahkamah Persekutuan pada 5 Disember 2019.

YA Dato' Mary Lim Thiam Suan

Alamat:
Kamar Hakim Mahkamah Persekutuan,
Mahkamah Persekutuan Malaysia,
Istana Kehakiman
Presint 3,
62506 PUTRAJAYA
Tel: 03-8880 3765

Hakim Mahkamah Persekutuan

DPTJ

  • Dilantik sebagai Pesuruhjaya Kehakiman pada tahun 2009 dan kemudiannya bertugas di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
  • Dilantik sebagai Hakim Mahkamah Tinggi pada tahun 2010 di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur (Dagang).
  • Bertugas sebagai Hakim Mahkamah Tinggi Pembinaan, di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur (Pembinaan) pada tahun 2013.
  • Dilantik sebagai Hakim Mahkamah Rayuan pada 21 Mac 2016 sehingga 24 Mac 2020.
  • Dilantik sebagai Hakim Mahkamah Persekutuan pada 25 Mac 2020 sehingga kini.

YA Datuk Harmindar Singh Dhaliwal

Alamat:
Kamar Hakim Mahkamah Persekutuan,
Mahkamah Persekutuan Malaysia,
Aras 3 Selatan, Istana Kehakiman
Presint 3,
62506 PUTRAJAYA
Tel: 03-8880 3695

Hakim Mahkamah Persekutuan

PJN, PMP

  • Dilantik sebagai Pesuruhjaya Kehakiman pada tahun 2009 dan kemudiannya bertugas di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
  • Bertugas sebagai Pesuruhjaya Kehakiman di Mahkamah Tinggi Ipoh, Perak pada tahun 2011.
  • Dilantik sebagai Hakim Mahkamah Tinggi pada tahun 2012 dan kemudiannya bertugas di Mahkamah Tinggi Ipoh, Perak.
  • Bertugas sebagai Hakim Mahkamah Tinggi di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada tahun 2014.
  • Dilantik sebagai Hakim Mahkamah Rayuan pada 21 Mac 2016 sehingga 24 Mac 2020.
  • Dilantik sebagai Hakim Mahkamah Persekutuan pada 25 Mac 2020 sehingga kini.

YA Dato' Rhodzariah binti Bujang

Alamat:
Kamar Hakim Mahkamah Persekutuan,
Mahkamah Persekutuan Malaysia,
Aras 3 Selatan, Istana Kehakiman
Presint 3,
62506 PUTRAJAYA
Tel: 03-8880 3681

Hakim Mahkamah Persekutuan

PSBS, PBS, PPB

  • Dilantik sebagai Pesuruhjaya Kehakiman pada 05 Januari 2009 dan kemudiannya bertugas di Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak.
  • Bertugas sebagai Pesuruhjaya Kehakiman di Mahkamah Tinggi II Kuching, Sarawak pada tahun 2009.
  • Bertugas di Mahkamah Tinggi Kuching dan Mahkamah Tinggi Sibu, Sarawak pada 01 April 2009.
  • Bertugas sebagai Pesuruhjaya Kehakiman di Mahkamah Tinggi Kuching, Sarawak pada 01 November 2009 hingga 09 Ogos 2011.
  • Dilantik sebagai Hakim Mahkamah Tinggi di Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak pada 10 Ogos 2011.
  • Dilantik sebagai Hakim Mahkamah Rayuan pada 23 September 2017.
  • Dilantik sebagai Hakim Mahkamah Persekutuan pada 25 Mac 2020.

YA Dato' Mohamad Zabidin bin Mohd Diah

Alamat:
Kamar Hakim Mahkamah Persekutuan,
Mahkamah Persekutuan Malaysia,
Istana Kehakiman
Presint 3,
62506 PUTRAJAYA
Tel: 03-8880 3681

Hakim Mahkamah Persekutuan

DSDK, SMP, SDK, DPMS

  • Dilantik sebagai Pesuruhjaya Kehakiman pada 1 Ogos 2004.
  • Dilantik sebagai Hakim Mahkamah Tinggi pada 28 Julai 2006.
  • Dilantik sebagai Hakim Mahkamah Rayuan pada 26 November 2018.
  • Dilantik sebagai Hakim Mahkamah Persekutuan pada 04 Februari 2022.

Hakim Mahkamah Persekutuan

Hakim Mahkamah Sesyen

table { font-family: arial, sans-serif; border-collapse: collapse; width: 100%; } td, th { border: 1px solid #dddddd; text-align: left; padding: 8px; } th { border: 1px solid #FFFF00; text-align: left; padding: 8px; color: #FFFFFF; background-color: #0b009e } tr:nth-child(even) { background-color: #dddddd; }

Nama

Jawatan