PROGRAM KHATAM AL-QURAN, SOLAT ZUHUR BERJEMAAH, TAHLIL & DOA SELAMAT DI KOMPLEKS MAHKAMAH JOHOR BAHRU
Mahkamah Johor Bahru, 28 Mac 2025 |
Biro Agama, Kelab Sosial Dan Kebajikan, Mahkamah Negeri Johor (KMJ) bersama AKRAB Mahkamah Negeri Johor telah menganjurkan Program Khatam Al-Quran, Solat Zohor Berjemaah, Tahlil & Doa Selamat bertempat di Tingkat 3, Kompleks Mahkamah Johor Bahru.
Majlis ini diserikan dengan kehadiran YBrs. Puan Rihaida binti Rafie, Pengarah Mahkamah Negeri Johor, YBhg. Dato’ Che Wan Zaidi bin Che Wan Ibrahim selaku Penasihat KMJ dan Puan Rasidah Binti Roslee selaku Pengerusi KMJ.
Seramai 50 orang warga kerja Mahkamah Johor Bahru yang terdiri daripada Hakim Mahkamah Sesyen, Timbalan Pendaftar, Majistret, Penolong Kanan Pendaftar, Penolong Pendaftar dan kakitangan sokongan daripada pelbagai gred telah menyertai program ini yang dipimpin oleh Imam Mohd Arif bin Said, Imam 2, Masjid Abu Bakar.
Program ini bertujuan untuk mengeratkan Ukhwah sesama anggota Mahkamah Negeri Johor, mengambil keberkatan bulan Ramadan dengan beribadah secara berjemaah dan sedekah Tahlil kepada anggota/ ahli keluarga yang telah meninggal dunia.
Biro Agama, Kelab Sosial dan Kebajikan Mahkamah Negeri Johor komited untuk menjadikan majlis ini sebagai acara tahunan.






