MAJLIS PENYERAHAN KUTIPAN DERMA KILAT BENCANA BANJIR KEPADA WARGA MAHKAMAH JOHOR
Johor Bahru, 27 Mac 2025
Kelab Sosial dan Kebajikan Mahkamah Negeri Johor (KMJ) dengan kerjasama AKRAB Mahkamah Negeri Johor telah mengadakan Majlis Penyerahan Kutipan Derma Kilat Bencana Banjir kepada warga mahkamah yang terkesan.
Program ini bertujuan untuk memberikan sumbangan wang tunai kepada seramai 10 orang warga Mahkamah Johor yang telah terkesan akibat bencana banjir yang melanda Johor baru-baru ini.
Majlis ini disempurnakan oleh YBrs Puan Rasidah Binti Roslee selaku Pengerusi Kelab Sosial dan Kebajikan Mahkamah Johor (KMJ).
Diharap agar sumbangan ini dapat menujukkan semangat keprihatinan warga mahkamah dan meringankan sedikit sebanyak beban mangsa-mangsa banjir ini.




