Program 'JOM KEMBALI KE SEKOLAH'

 

Majlis Penyerahan sumbangan bantuan Program 'JOM KEMBALI KE SEKOLAH' anjuran Pejabat Ketua Hakim dan AKRAB PKPMP telah disempurnakan oleh YBhg. Dato' Sri Latifah Binti Haji Mohd Tahar, Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia pada 7 Januari 2019 dan 14 Januari 2019 yang lepas.

Seramai 30 orang kakitangan Istana Kehakiman telah menerima sumbangan tersebut. Penerima bantuan tersebut adalah terdiri daripada ibu/bapa tunggal serta kakitangan sokongan 1 & 2 yang kurang berkemampuan. Sumbangan telah diperolehi daripada Ketua Hakim Negara, Hakim-Hakim Mahkamah Persekutuan, Hakim-Hakim Mahkamah Rayuan, Ketua Pendaftar, semua Pegawai Kehakiman dan kakitangan Istana Kehakiman, Putrajaya.

Semoga program seperti ini dapat diteruskan pada masa hadapan bagi membantu kakitangan yang memerlukan.

 

 

 

PEJABAT KETUA PENDAFTAR
Mahkamah Persekutuan Malaysia,
Istana Kehakiman,
Presint 3, 62506,
Putrajaya, Malaysia.

Tel 03 8880 3500
Faks 03 8880 3886
Emel   komunikasikorporat@kehakiman.gov.my

    

qr code

Kini anda boleh melayari Portal Rasmi Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia versi mudah alih menerusi Smartphone dengan hanya melalui Kod QR Rasmi

 

Paparan terbaik menggunakan pelayar terkini dengan resolusi melebihi 1024 x 768 pixel.