Warna Tema        
Saiz Tulisan -A A +A
 

PESURUHJAYA SUMPAH DI MAHKAMAH JOHOR BAHRU
Mahkamah Johor Bahru menyediakan perkhidmatan Pesuruhjaya Sumpah bagi mengikrarkan suratcara-suratcara yang memerlukan pengesahan secara bersumpah. Pengikraran dokumentasi ini adalah berlandaskan Akta Akuan Berkanun 1960 (Semakan 2016), Kaedah-Kaedah Pesuruhjaya Sumpah 1993 dan mana-mana undang-undang bertulis yang memerlukan akuan bersumpah.

LOKASI KAUNTER PESURUHJAYA SUMPAH

  • Tingkat 23, Menara MSC Cyberport, No. 5, Jalan Bukit Meldrum, 83000 Johor Bahru
  • Tingkat 1, Kompleks Mahkamah Sesyen/Majistret Johor Bahru, 80000 Johor Bahru

WAKTU URUSAN KAUNTER PESURUHJAYA SUMPAH
Hari : Ahad – Khamis
Waktu : 8.30 pagi – 4.00 petang

CAJ PERKHIDMATAN PESURUHJAYA SUMPAH
Afidavit : RM 10.00 (Asal) RM 5.00 (Pendua)
Eksibit : RM 5.00 (Asal) RM 2.00 (Pendua)
Akuan : RM 4.00

Kadar bayaran ini adalah tertakluk kepada Aturan 21, Kaedah-Kaedah Pesuruhjaya Sumpah 1993. Sebarang aduan berkenaan caj lebihan atau mengenai salah laku Pesuruhjaya Sumpah boleh diemelkan kepada bpjs@kehakiman.gov.my

APAKAH ITU PESURUHJAYA SUMPAH?
Pesuruhjaya Sumpah adalah mrupakan orang yang dilantik oleh YAA Ketua Hakim Negara di bawah Seksyen 11 Akta Mahkamah Kehakiman 1964 dan Kaedah-Kaedah Pesuruhjaya Sumpah 1993.

APAKAH UNIT YANG MENGURUSKAN PESURUHJAYA SUMPAH DI SELURUH MALAYSIA?
Pesuruhjaya Sumpah 1993.

Unit yang menguruskan Pesuruhjaya Sumpah di seluruh Malaysia adalah Unit Pesuruhjaya Sumpah, Bahagian Pejabat Ketua Hakim Negara dan Penyelidikan Mahkamah Persekutuan Malaysia, Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia.

APAKAH OBJEKTIF UNIT PESURUHJAYA SUMPAH?
Objektif Unit Pesuruhjaya Sumpah adalah menguruskan hal ehwal Pesuruhjaya Sumpah di seluruh Malaysia dengan efisien, cekap dan teratur dalam memastikan keberkesanan tugas-tugas yang dipikul oleh Pesuruhjaya Sumpah yang terlibat secara tidak langsung mendukung system kehakiman di Malaysia.

APAKAH PIAGAM PELANGGAN PESURUHJAYA SUMPAH?

  1. Memberi perkhidmatan berlandaskan peruntukan Kaedah-Kaedah Pesuruhjaya Sumpah 1993 dan arahan-arahan berkaitannya;
  2. Memastikan semua pelanggan dilayan dengan kadar yang segera, munasabah, cekap dan sistematik;
  3. Memastikan perkhidmatan Pesuruhjaya Sumpah yang ditawarkan dijalankan dengan penuh berintegriti.

APAKAH UNDANG-UNDANG ATAU DOKUMEN RUJUKAN YANG MENTADBIR SERTA MENGAWAL KELAKUAN. TUGAS-TUGAS SERTA ETIKA SESEORANG PESURUHJAYA SUMPAH DI SELURUH MALAYSIA?
Undang-undang yang mentadbir serta mengawal kelakuan serta tugas-tugas Pesuruhjaya Sumpah adalah Kaedah-Kaedah Pesuruhjaya Sumpah 1993 manakala Kod Etika Pesuruhjaya Sumpah Malaysia pula memerihalkan berkenaan etika dan tatakelakuan yang sewajarnya diamalkan oleh seseorang Pesuruhjaya Sumpah yang diperkenan oleh YAA Ketua Hakim Negara.