Warna Tema        
Saiz Tulisan -A A +A
 

Pejabat Pendaftaran Mahkamah Rendah terdiri daripada empat bahagian iaitu Bahagian Pendaftaran Mahkamah Sesyen Sivil, Bahagian Pendaftaran Mahkamah Sesyen Jenayah, Bahagian Pendaftaran Mahkamah Majistret Sivil dan Bahagian Pendaftaran Mahkamah Majistret Jenayah.

Bahagian Pendaftaran Mahkamah Sesyen Sivil 
Bertanggungjawab menawal selia kakitangan Pejabat Pendaftaran Mahkamah Sesyen Sivil dan meluluskan deraf/perintah/penghakiman bagi kes-kes Mahkamah Sesyen. Selain itu, bahagian ini turut meluluskan semua kes Writ Distress dan Saman Penghutang Penghakiman dan Writ Pelaksanaan bagi Mahkamah Sesyen serta meluluskan pendaftaran kes-kes Mahkamah Sesyen Sivil yang baru. Di samping itu, ia juga terlibat dalam pengurusan kes di hadapan Pendaftar bagi kes kali pertama bagi Mahkamah Sesyen Sivil serta menguruskan penyediaan statistik global dan bulanan Mahkamah Sesyen Sivil Negeri Johor.

Bahagian Pendaftaran Mahkamah Sesyen Jenayah 
Bertanggungjawab mengawal selia kakitangan Pejabat Pendaftaran Mahkamah Sesyen Jenayah dan menguruskan jadual bertugas bagi urusan tahanan reman di bawah Seksyen 117 Kanun Acara Jenayah dan permohonan-permohonan lain. Bahagian ini juga turut meluluskan Waran Menahan, Waran Geledah, dan lain-lain permohonan daripada pihak berkuasa dan menandatangani waran tangkap, perintah, saman, buku daftar, dan yang lain-lain berkaitan termasuk urusan jaminan kes-kes tangkap. Selain dari itu, ia juga akan menandatangani dan meluluskan sepina untuk kehadiran saksi ke Mahkamah untuk perbicaraan serta menguruskan penyediaan statistik global dan bulanan Mahkamah Sesyen Jenayah Negeri Johor.

Bahagian Pendaftaran Mahkamah Majistret Sivil 
Bertanggungjawab mengawal selia kakitangan Pejabat Pendaftaran Mahkamah Majistret Sivil dan meluluskan deraf/perintah/penghakiman bagi kes-kes Mahkamah Majistret. Selain itu, bahagian ini turut meluluskan semua kes Writ Distress dan Saman Penghutang Penghakiman dan Writ Pelaksanaan bagi Mahkamah Majistret serta meluluskan pendaftaran kes-kes Mahkamah Majistret Sivil yang baru. Di samping itu, ia juga terlibat dalam pengurusan kes di hadapan Pendaftar bagi kes sebelum prosiding Bicara Penuh serta menguruskan penyediaan statistik global dan bulanan Mahkamah Majistret Sivil Negeri Johor.

Bahagian Pendaftaran Mahkamah Majistret Jenayah 
Bertanggungjawab mengawal selia kakitangan Pejabat Pendaftaran Mahkamah Majistret Jenayah dan menguruskan jadual bertugas bagi urusan tahanan reman di bawah Seksyen 117 Kanun Acara Jenayah dan permohonan-permohonan lain. Bahagian ini juga turut meluluskan Waran Menahan, Waran Geledah, dan lain-lain permohonan daripada pihak berkuasa dan menandatangani waran tangkap, perintah, saman, buku daftar, dan yang lain-lain berkaitan termasuk urusan jaminan kes-kes tangkap. Selain dari itu, ia juga akan menandatangani dan meluluskan sepina untuk kehadiran saksi ke Mahkamah untuk perbicaraan serta menguruskan penyediaan statistik global dan bulanan Mahkamah Majistret Jenayah Negeri Johor.