Ketua Hakim Negara

YAA Dato' Tengku Maimun binti Tuan Mat
Ketua Hakim Negara 
DPSK, SPSK

Yang Amat Arif Dato’ Tengku Maimun binti Tuan Mat telah dilahirkan di Kota Bharu, Kelantan pada 02 Julai 1959.  Yang Amat Arif Dato’ telah lulus dalam bidang pengajian undang-undang dengan memperolehi Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang (Kepujian) dari Universiti Malaya pada tahun 1982.

Yang Amat Arif Dato’ telah memulakan kerjaya dalam bidang perundangan pada tahun 1982 dengan bertugas sebagai Pegawai Undang-Undang di Lembaga Kemajuan Kelantan (KESEDAR) dan kemudian pada tahun 1984 sebagai Pegawai Undang-Undang di Majlis Perbandaran Seremban, Negeri Sembilan. Yang Amat Arif mula memasuki Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan pada tahun 1986 sebagai Penolong Penggubal Undang-Undang, Bahagian Gubalan di Jabatan Peguam Negara. Seterusnya, Yang Amat Arif telah berkhidmat sebagai Majistret di Mahkamah Majistret Port Dickson, Peguam Persekutuan di Biro Bantuan Guaman Kuala Terengganu, Penolong Kanan Pendaftar di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Penolong Kanan Pendaftar di Mahkamah Tinggi Seremban, Timbalan Pendaftar di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Pegawai Khas kepada YAA Hakim Besar Malaya, Pegawai Khas kepada YAA Ketua Hakim Negara, Hakim Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur sambil menjalankan tugas sebagai Pegawai Khas kepada YAA Ketua Hakim Negara dan Pendaftar Mahkamah Tinggi Malaya sambil menjalankan tugas sebagai Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia. Jawatan terakhir Yang Amat Arif Dato’ dalam Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan adalah sebagai Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia pada tahun 2005 hingga 2006.

Pada 02 Oktober 2006, Yang Amat Arif Dato’ telah dilantik sebagai Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Malaya di Kuala Lumpur. Pada 05 September 2007, Yang Amat Arif Dato’ telah dilantik sebagai Hakim Mahkamah Tinggi Malaya di Kuala Lumpur. Yang Amat Arif Dato’ juga pernah berkhidmat sebagai Hakim di Mahkamah Tinggi Malaya di Shah Alam, Selangor.

Pada 08 Januari 2013, Yang Amat Arif Dato’ telah dilantik sebagai Hakim Mahkamah Rayuan. Pada 26 November 2018, Yang Amat Arif Dato’ telah dilantik sebagai Hakim Mahkamah Persekutuan. Pada 02 Mei 2019, Yang Amat Arif Dato’ telah dilantik sebagai Ketua Hakim Negara.

Yang Amat Arif Dato’ telah dianugerahkan Darjah Seri Paduka Setia Mahkota Kelantan (SPSK) pada tahun 2016 yang membawa gelaran Dato’ dan Darjah Dato’ Paduka Setia Mahkota Kelantan (DPSK) yang membawa gelaran Dato’ pada tahun 2006.

 

PEJABAT KETUA PENDAFTAR
Mahkamah Persekutuan Malaysia,
Istana Kehakiman,
Presint 3, 62506,
Putrajaya, Malaysia.

Tel 03 8880 3500
Faks 03 8880 3886
Emel webmaster@kehakiman.gov.my

    

qr code

Kini anda boleh melayari Portal Rasmi Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia versi mudah alih menerusi Smartphone dengan hanya melalui Kod QR Rasmi

 

Paparan terbaik menggunakan pelayar terkini dengan resolusi melebihi 1024 x 768 pixel.