Format Status Kes Mahkamah Rendah Malaya
Printer-friendly version

YBhg Dato’/Datin/Tuan/Puan,

 

Dengan hormatnya merujuk kepada perkara di atas.

 

2.         Berikutan daripada Mesyuarat Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman pada 23 Oktober 2013 yang lalu adalah didapati bahawa terdapat status kes yang tidak lengkap dan tidak terkini daripada beberapa Mahkamah yang mendapat perhatian daripada YAA Ketua Hakim Negara.

3.        Oleh yang demikian, untuk tujuan penyelarasan YAA Ketua Hakim Negara telah mengarahkan agar satu format status kes yang lebih terperinci dihantar ke Pejabat ini pada setiap bulan. Format baru ini akan menggantikan format status kes yang telah diedarkan sebelum ini.

4.    Sehubungan dengan itu, bermula dari 1 November 2013, bagi tujuan penyediaan statistik bulan Oktober dan juga bulan-bulan yang seterusnya, YBhg Dato’/Datin/Tuan/Puan hendaklah menyediakan status kes bagi kesemua kes pra 2012 sepertimana format yang dikemukakan di ‘Lampiran A’ bagi Mahkamah Sesyen dan ‘Lampiran B’ bagi Mahkamah Majistret dan dihantar ke alamat e-mel berikut sebelum atau pada 10 haribulan setiap bulan :-

Bil.

Negeri

Alamat e-mel

i.

Kuala Lumpur & Selangor

statistik1@kehakiman.gov.my

ii.

Kelantan, Terengganu, Pahang & Perak

statistik2@kehakiman.gov.my

iii.

Pulau Pinang, Kedah, Perlis & Johor

statistik3@kehakiman.gov.my

iv.

Negeri Sembilan & Melaka 

statistik4@kehakiman.gov.my

 

 

 

 

5.         SILA AMBIL PERHATIAN bahawa kesemua status kes yang dikemukakan di Lampiran A dan B hendaklah sama dengan jumlah kes yang dinyatakan di dalam ageing list bagi setiap Mahkamah.

6.       Jika terdapat sebarang pertanyaan, sila hubungi Tuan Mohd Zaki Bin Haji Abd. Rahman, di talian 03-8880 3946 dan/atau Puan Nik Isfahanie Tasnim Binti W. Ab. Rahman di talian 03-8880 3945.

 

7.         Perhatian dan kerjasama YBhg Dato’/Datin/Tuan/Puan dalam menyelaraskan data berkaitan agar status yang dikemukakan adalah tepat dan terkini adalah sangat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

 

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

 

Saya yang menurut perintah,

 

(ZAMRI BIN BAKAR)

Pendaftar Mahkamah Rendah Malaya

Mahkamah Persekutuan

Istana Kehakiman  

Total visitors to the Portal : 128,263
Last updated : 20 September 2017