Penting : Arahan Pematuhan Peraturan Waktu Makan/Minum dan Mengurus Urusan Peribadi Dalam Waktu Pejabat.
Printer-friendly version

                                                MEMO

 

Kepada:               Semua Pegawai Kehakiman Negeri Johor
 
Tarikh                  :               18 Mac 2013    
 
ARAHAN KETUA PENDAFTAR SEMASA TAKLIMAT HALATUJU MAHKAMAH OLEH KETUA PENDAFTAR MAHKAMAH PERSEKUTUAN MALAYSIA PADA 15 MAC 2013 JAM 8.30 MALAM DI BILIK PENANG, PUTRAJAYA MARIOTT HOTEL
 
PERATURAN WAKTU MAKAN/MINUM DAN MENGURUS URUSAN PERIBADI DALAM WAKTU PEJABAT
 
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk
 
2.            Seperti yang ditetapkan di dalam Pekeliling Perkhidmatan Bil. 2 Tahun 2007, waktu kelur makan dan minum seharusnya dilakukan semasa waktu rehat jam 1.00-2.00 petang (Isnin-Khamis) dan 12.15 tenghari hari-2.45 petang (Jumaat), ataupun sebelum bermulanya WP masing-masing setiap pagi.
 
3.            Walaubagaimanapun, pegawai dan kakitangan yang memilih waktu berperingkat WP 1 dan WP 2 dibenarkan bersarapan di luar atau membeli makanan/minuman secara take away dalam tempoh 20 minit untuk dibawa semula ke pejabat. Ketetapan masa adalah seperti berikut:-
 

  1. 7.30 pagi – 7.50 pagi                 -              (Selepas jam 7.50 pagi diwajibkan berada di tempat bertugas masing-masing)
  2. 8.00 pagi – 8.20 pagi                 -              (Selepas jam 8.20 pagi diwajibkan berada di tempat bertugas masing-masing)

 
4.            Kebenaran ini tidak terpakai kepada pegawai dan kakitangan yang memilih waktu berperingkat WP 3. Mereka dikehendaki berada di pejabat tepat jam 8.30 pagi dan sarapan diambil sebelum waktu tersebut.
 
5.            Arahan berkuatkuasa serta-merta.
 
Sekian, terima kasih.
 
 
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
 
Saya yang menurut perintah,
 
                                t.t.
(HASSAN BIN ABDUL GHANI)
Pengarah
Mahkamah Negeri Johor
  

Total visitors to the Portal : 87,957
Last updated : 27 March 2017