Warna Tema        
Saiz Tulisan -A A +A
 

Terdapat tiga unit yang terdapat di bawah Pusat Tanggungjawab Negeri Johor iaitu Unit Perkhidmatan/Pentadbiran, Unit Kewangan dan Unit Perolehan dan Aset.

Unit Perkhidmatan dan Pentadbiran
Bertanggungjawab dalam menguruskan semua urusan perkhidmatan pegawai dan kakitangan daripada perlantikan sehingga persaraan. Ini adalah termasuk menguruskan cuti dan buku rekod perkhidmatan pegawai dan kakitangan Mahkamah Negeri Johor secara atas talian HRMIS. Selain itu, unit ini juga bertanggungjawab dalam pengurusan Latihan/Kursus dan Peperiksaan Perkhidmatan Jabatan. Di samping itu, unit ini adalah merupakan Urusetia Disiplin dan Tatatertib semua kumpulan. Selain daripada itu, unit ini terlibat dalam pengurusan kenderaan jabatan, mesyuarat rasmi, dan urusan tempahan cop, signage tempahan makan serta lain-lain tugas yang di arahkan dari masa ke semasa.

Unit Kewangan
adalah unit dengan tujuan mengawal selia kewangan Mahkamah Negeri Johor bagi urusan gaji, akaun hasil dan penerimaan bayaran di kaunter. Selain itu, unit ini mengawal selia juga kerja-kerja perakaunan di 12 Pusat Kos Mahkamah Negeri Johor serta lain-lain tugas yang di arahkan dari masa ke semasa.

Unit Perolehan dan Aset
selanjutnya adalah unit yang bertanggungjawab bagi urusan kontrak perolehan, kawalan keselamatan, perkhidmatan kebersihan dan toner juga kertas bagi seluruh Mahkamah Negeri Johor. Di samping itu, unit ini bertindak sebagai pengurusan stor juga urusan-urusan pendaftaran, penilaian semula dan pelupusan aset serta lain-lain tugas yang di arahkan dari masa ke semasa.